Selasa, 26 Oktober 2010

Belajar Cakap Malaysia - Komunikasi

Apa khabar?

Saya harap anda sihat..

Nak belajar cakap Malaysia?

Cara terbaik anda dan saya mesti berhubung..saya dengar suara anda..anda dapat dengar suara saya..

Betul tak?

Anda malu nak berhubung dengan saya?

Kenapa malu?

Anda minat cakap Malaysia..anda mahu belajar..mahu cakap fasih...jadi buang sifat malu tu..

Anda mesti positif..ya tak?

 Email pada saya jika ada soalan,saya akan cuba balas..

email saya---> dayatcanting@gmail.com

Sukses selalu...bye jumpa lagi.

Belajar Cakap Malaysia - Perbualan..

Siti : Assalamualaikum...

Ramlah : Waalaikum salam..eh Siti..kau dari mana ni?..jom masuk..

Siti : Dari rumah akulah...ni aku ada hal sikit nak cakap dengan kau ni...

Ramlah :  Masuklah dulu tak baik cakap kat luar ni..mari..janganlah segan-segan pulak..macam tak biasa pulak..

Siti : Oklah..mak dan ayah kau mana ? tak nampak kelibatpun..

Ramlah : Tak de..mereka pergi  Batu Rakit..kenduri kawin..aku malaslah nak ikut..

Siti : Oh gitu ya..eh macam ni Ramlah...aku nak pergi bandar esok..nak beli kasut adik aku Salman..kasut dia dah koyak..jadi emak aku suruh aku aje belikan..emak aku uzur..jadi sebab tulah aku nak ajak kau ni..tolong temankan aku esok...boleh Ramlah?

Ramlah : Oh gitu..tak apa, kitakan sahabat setia..jadi kalau tak tolong sama-sama kawan nak tolong siapa lagi?..ya tak... ?..besok kau datanglah rumah aku ni..nak pergi pukul berapa Siti?

Siti : Pukul 10 pagi...boleh?

Ramlah : Ok...eh kau nak minum?

Siti : Eh..tak payahlah susah-susah..aku tak boleh duduk lama ni...bimbang emak aku kat rumah tu..aku balik dulu ya..

Ramlah : Kalau begitu..tak apalah... kita jumpa esok ya?

Siti : Baiklah...terima kasih Ram..bye